Monday, June 27, 2011

Sakit itu kafarah dosa..



Dah lama sgt aku x sakit...
tapi kali ni Allah bg aku sakit
dia bagi aku demam..sikit je pun..tp aku dh lemah..hampir x mampu nk buat pape sendiri..

22/06/2011
ptg tu b4 blk keje pale aku dh start sakit n mula menampakkan simptom2 demam.aku mula selsema n kdg2 tekak gatal2
mlm tu pale aku makin berat membuatkan aku tido lbh awal dr biase

23/06/2011
time nk g keje pagi tu badan aku dh rs panas skit tp x teruk,so aku pegi je keje cam biase
makin ptg aku makin x larat.pale mmg dh sakit gila,badan sat panas sat sejuk, batuk n selsema x bentiMonkey Icons
tp since customer dtg x benti so aku gagahkan jugak diri melayan setiap pelanggan yg dtg.
berkemungkinan jugak time tu muka aku agak masam kerana x larat n kepala berpinar.
dlm pkl 6.45 aku pun tutup kedai n memandu pulang dgn berhati2+kepala dh ting tong tp aku gagahkan jugak diri utk smpi ke umah
akhirnye pkl 7.10 mcm tu aku sampaila kt umah.so, aku terus melandingkan diri kat atas sofa..mmg x larat....
dalam pkl 8.30 aku pun msk tido..time ni aku mmg x larat lgsg..nk gerak pun menggigil2
aku siap bwk bekal 1 mangkuk besar berisi air n air batu.aku ambk kain then celup kat dlm air+air batu tu.aku lap 1 badan aku dgn kain tu sambil baring.mmg abis basahla tilam aku,mmg aku dh x larat..
so dh x peduli dh.badan aku menggigil2 walaupun aku rs panas..
malam tu aku tertido dgn kain basah kt atas pale.
pkl10 malam aku terjaga sbb dgr adik aku panggil. rupa2nya letrik xde.patutla aku rs lagi panas dari td.aku gagahkan diri utk bangun sbb panas sgt n aku haus sgt.dgn berbekalkan touchlight dr hp aku carik lilin n lighter.idupkan lilin then cari air.pas aku dh minum aku terus bertapa kt dlm bilik air selama 30 minit coz kepanasan melampau dgn ditemani cahaya dr api lilin..
pas dh puas bertapa kt bilik air aku cuba tido blk tp x berjaya coz panas..onion-head-emoticon-16
namun akhirnya malam tu aku berjaya gak tido setelah elektrik ada kembali.fuh..lega..

24/06/2011
keesokkan harinye..meskipun masih terasa panas di badan n pale sakit
aku gagahkan diri g keje cam biase coz mak aku xde,
pas aku dh mandi utk memastikan suhu di badan turun
utk memastikan aku mampu per gi bekerja aku dh siap2 minum air 100+ air badak, panadol soluble 2 bijik then off to work.
sampai kt ofis buat keje mcm biase n aku buat mana yg larat je.time tu tekak aku dh start sakit.
membuatkan aku lebih byk minum air n berlari ke tandas sebanyak beberapa kali.
so far ok je still boleh bertahan.tp start ptg skit pale aku pun mulala sakit blk n panas badan pun kembali menyerang..malam tu mcm semalam..badan panas sgt2 makan ubat pun mcm x bape jalan
minum air kelapa pun sama..
sakit di tekak aku mmg makin teruk.sampai ke tahap nk telan air pun x bleh.perit sgt2.makan lgla..sah2la x..
kalau time sujud pun sakitnye tekak....mmg x tau nk ckpla smpi nak nangis dh
nmpknye x jalan.tido dgn berselubung je sampai berpeluh..

25/06/2011
still go to work as usual still demam n makan ubat tp still xde perubahan
kadang2 tetiba je batuk x benti sampai sakit dada then sesak nafas..aku just sapu minyak angin je utk melegakan sesak nafas tu
akhirnya ptg tu aku mengalah n g klinik gak
balik dari klinik terus makan ubat then tido..
alhamdulillah esknye kesihatan aku bertambah baik n 
tekak aku yg bengkak tu makin susut n aku dh boleh makan sikit walaupun masih perit
perit coz setiap makanan yg aku telan sakitnye..
ikutkan mmg xleh nk makanlah
tp lapar pny psl telan jela..coz dh bape hari bnd yg aku telan cm air je...
ni doktor dh bg ubat okla skit
Alhamdulillah dgn izin Allah ubat itu mampu menyembuhkan sakit yg ditimpakan ke atas aku

26/06/2011
masih meneruskan pengambilan ubat sbb saki baki virus demam masih ada.
tp dh byk kurangla coz aku dh mampu g kenduri n mkn kt kenduri bagai.
walaupun kdg2 sakit dada tu de gak menyerang tp dgn minyak angin di sisi buat masa ni insya Allah xde masalah..
walaupun demam aku xdela lama..tp bg aku ia satu ujian buat aku coz mengharunginye seorg diri selama dua hari... 

-Abid-

No couple before nikah

Apabila bercinta, kita sering mencanang, nak bercinta hingga ke SYURGA..

Tapi... kalau permulaan perjalanan ke SYURGA tu...

kita dah menempah jalan ke NERAKA (pegang2, manja2, dating berdua, sebelum nikah)..

macam mana?

ada harapan x agak-agaknya kita nak bercinta hingga ke SYURGA? or at least dpt msk SYURGA??

semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu.. 

sementara kita masih diberi peluang untuk bertaubat.. 

bertaubatlah..


Jangan menempah tiket ke NERAKA dalam perjalanan kita ingin masuk ke SYURGANYA.

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

-Abid-

Wednesday, June 22, 2011

KALAU MEMILIH TEMAN..

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

Artikel Iluvislam.com

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?


in-love
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Lihatlah.
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

INGATLAH..

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN 

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN 

Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN 

Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN 

Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..


-Abid-

Tuesday, June 21, 2011

Blackout

cubaan utk hari ni
di kala aku tgh de byk keje nk wat
tetibe lak letrik xde..
kalau x silap aku bln ni je msk kali ni dh 3 kali letrik xde mcm ni..
sshla nk wat keje..dhla bisnes awk bergntg pada tenaga letrik n internet
haish..boleh mendtgkan marah ni..dhla panas..
alhamdulillah bekalan letrik kembali sblm pkl 12.30
so smptla aku menyiapkan keje2 aku yg dh terbengkalai td

2 jam setgh gakla letrik xde n aku berSAUNA kt dlm opis nionion-head-emoticon-16
cobaan..peluh bercucuran...abisla pasni bau peluh..

walaupun dikala hujung bulan n org stilll blum gaji..boleh tahan gakla customer yg dtg
x menang tangan gakla di watnye..
skrg ni aku dh xde pembantu, MHJ dh abis tempoh keje part time kt sini
so sume keje akula yg kena wat
hu3,dh xde org nk dibuli dah..


td tetibe je td de customer dtg serang..marah2..sabo jela
dia yg x phm sbnrnye
aku plak yg kena maki hamun..onion-head-emoticon-26
biasela..keje yg de berdepan dgn customer ni mmg mcm tu

kita kena baaanyak kan bersabar melayan mereka..
walaupun sbnrnye kt dlm hati hahahahahaha jahatnye..


walau apa pun yg berada dalam pikiran kita, kita tetap kena utamakan customer.
maklumla customer is always right..
MHJ pun selalu pesan muka tu senyumla sikit..jgn masam n garang je..cam nk makan customer..




-Abid-

Wednesday, June 15, 2011

RAHSIA SENYUM & TAWA

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekadar nya sahaja ok.

An excellent student never give excuse

"An excellent student never give excuse"
haish terkena lagi aku, dok bg alasan je kejenye aku ni. pe la nak jd
kan dh kena sound dgn MHJ. jgn beralasan ok.
SO, PLEASE STOP GIVING EXCUSE OKAY

-Abid-


Tuesday, June 14, 2011

Nak pada yg halal, Xnk pada yg haram

kita mestila nak yg halal je kan xnk yg haram.
duit nk duit dr sumber yg halal.xnk mkn duit haram dan mcm2 g

tp MHJ buat kesimpulan maksud topic kali ni
walau macam mana pun haram bnd tu, klu kita nak jugak kita akan halal kan bnd tu
cth paling senang. makanan..
aritu duk kecoh psl KFC ayam x sembelih dgn cara yg btul so x halal.
tapi kalau dh kata kita nk mkn KFC tu, kita ckpla ala.. dorg ni memandai je ckp x halal (kita ckp mcm ni psl kita nk yg halal, so walaupun org dh kata yg KFC tu x halal, kita sendiri ckp halal) ini cth jela.aku pun x tau btul ke x ayam KFC tu x halal.
pastu kali ni kek kt secret recipe plak x halal..klu dh namanya hantu makan kek kt secret recipe tu xdenye dia nk terima kenyataan yg di keluarkan tu..msti dia kata ala..memandai je..kan dh ada cop JAKIM.

contoh lain yg aku dpt bg plak..
mcm hubungan lelaki n perempuan, (bercouple) walau mcm mn org pandang serong sekali pun kt org yg bercouple ni, org yg bercouple ni akan ckp ala couple je pun, bknye wat pape.padahal hakikatnye pe yg dia wat tu dh jd intro zina.
ringan-ringan..ala sikit je..bukanye dosa besar pun..xkn x bleh kot.
kdgkala kita x sedar yg bdn yg kecik ni la yg boleh jd besar.
tau x korg yg ringan-ringan tu haram..walaupun cm berpegangan tangan..
tu blum lagi klu disulam dgn aksi-aksi yg bahaya utk ditiru..154218d4
mula-mula ringan2..pastu terbabas jd berat plak..pastu silap2 ada yg kempis pun jd bulat..pastu lahir anak yg x berdosa then buang je kt mn yg dia suka.
elok-elok td hubungan tu kalau dihalalkan dgn cara yg btul kan lg bagus.
ini x dihalal ikut kata hati n nafsu je, perhubungan yg haram pun di halalkan.maka lahirlah zuriat yg x sah taraf n x dihargai lalu dibuang sesuka hati.
sedih btul bila tgk pe yg jd dlm masyarakat kita skrg, apa nak jadi.bagaimanala agaknye rupa masa depan.menakutkan... head-down-oh no-crying


P/S:sorila terlebih emo plak..hu3


-Abid-

lelaki vs perempuan

"lelaki pandai menipu, perempuan pandai berlakon"
inilah kata-kata yang aku dpt dr MHJ semalam
tapi betul ke?
ntahla..
bagi aku sama je
kalau nk menipu tu
macam2 cara pun dorg sanggup buat
pandai makan pandai simpanlakan
x kirala lelaki ke perempuan
x gitu?let me think

-Abid-

Monday, June 13, 2011

aktiviti aku bila x keje

12/06/2011
bgn pagi konon2 nk cuci kete. last2 malas so x wat papepun kt kete tu
let me thinkerm..nk watpe ye arini?
br teringt yg aku dh promise nk dtg umah amanina utk tlg dia wat cupcakes
so aku dh berada di rumah amanina pada pkl 11.30pg
mula2 aku just layan alya main je + kejar dia sbb aku cm tlg tgk je nina time dia duk bancuh adunan utk wat cupcakes tu sbb aku mmg x tau bahan2 n sukatan utk wat cupcakes tu
pas dh siap dia bancuh 5 adunan br aku tlg dia wat pe yg ptt, akhirnye pada pkl 6.00 ptg siapla keje2 memasak n packing cupcakes sebyk 279 biji. dh boleh rehat..onion-head-emoticon-18
yg wat lbt tu pun sbb de rehat2 jap n coz alya pun nk tlg buat cupcakes sekali
gpun dh xde ruang nk ltk cupcakes yg still panas fresh from the oven tu utk disejukkan
pasni turn aku nk wat muffin aku plak. papehal rehat dulu.cuci perkakas buat cupcakes dl.
dh siap keje cuci mencuci turn aku plak wat muffin. tp kali ni aku tukang masukkan bahan2 je tp amanina yg kacaukan sbb alya nk berdukungla plak. layankan je..budak..mmg nk org layan dia.dh siap nina bancuhkan aku bg blk alya kt dia n setelkan next job utk muffin tu.
dh siap masukkan bancuhan muffin dlm cup n mskkan dlm oven.aku pe g mkn dinner yg amanina dh sediakan.Alhamdulillah dh kenyang n sedap...thanks nina coz masak mknn extra utk aku.susah2 je.onion-head-emoticon-1
pkl 7.30 muffin dh siap pas kuarkan dr oven kena biar dia sejuk dulu.dptla aku kira2 27 biji.kali ni dpt skit je sbb aku guna cup L.so cup dia besar..
then pkl 8.15 dpt msg suh blk.muffin pun dh sejuk.so dh smpi ms utk blk.tata..onion-head-emoticon-15

thanks sekali lagi nina..puasla melayan alya td.muffin eden pun sempat siap.bye..Monkey Icon

-Abid-

kenduri..

11/06/2011
byk tul jemputan arini, sampai x tau nk g yg mn
last2 aku pilih utk g kenduri kawen mai je coz arini aku keje
blk keje pkl 2 g bank, beli brg then br g mah mai.pkl 3.15 br smpi coz jln jem
blk dr umah dia pkl 5.
waah..g kenduri kawen mcm siap tlg cuci periuk sekali plak kan.
cepat tul masa berlalu tau2 d ptg.
tahniah mai n naqib.moga rumah tangga korg diberkati, selamat dh sorg g kwn aku

Monkey Winks

-Abid-

Saturday, June 11, 2011

ia menyerang lagi

sehingga semalam dh 4 hari berturut2 setiap malam aku sakit di bahagian dada
sakit yg mencucuk2, sometimes rs cam sesak nafas, n bila bernafas de cam bunyi wisel,
selalunye pe yg aku wat bila jd camni adalah sapu minyak angin kt area yg sakit then minum air suam byk2
yg peliknye bnd ni cm jadi bila malam je, sblm ni pernah gak jd time siang tp br jd 2 kali je
cm kali ni aku risau skit sbb sakitnye berturut2 selama beberapa malam.
ibu suruh aku catat apa yg aku makan hari tu yg buat jd mcm tu
so far aku dpt kesan beberapa makanan tertentu or dr jenama tertentu
tp analisis aku blum lengkap lagi. aku dh elakkan makanan tertentu
tp still masalah sesak dada ni dtg mengapa ye?
mujur sesak nafas je n bkn putus nafas terus.
Alhamdulillah sehingga hari ni aku masih terus bernafas di muka bumi Allah ni, di dunia fana yg hanya sementara ni.
kalau ditakdirkan umur aku dh x panjang lagi harap2 masa tu aku sempat mintak maaf dgn semua org
maklumla kita ni manusia, mmg x lari dr melakukan kesilapan
hutang sesama manusia de lg yg x setel ni, hutang dgn Allah apa lagihead-down-oh no-crying


“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).


aku xnkla bila aku dh mati nnti roh aku tergantung gara-gara aku ada berhutang dgn orgkan.


SO KALAU SAPE2 YG DE AKU HUTANG DGN KORG BGTAULA YA.BOLEH AKU BYR COZ AKU X INGT SGT AKU DE HUTANG DGN SAPE G NI. big-black-eyes


-Abid-







Thursday, June 9, 2011

LUPA

LUPA A.K.A TERLUPA
perkataan ni biase sgt dh kita dgrkan
bila ditanya kenapa x buat ini,mengapa x buat itu
jawapan klise yg kita kerap bagi adalah terlupa
adakah alasan lupa itu suatu alasan yg normal utk diberikan pada masa kini,
atau org tu benar2 lupa mengenai hal tersebut
Monkey Emoticons
kali ni kisah aku pulak psl penyakit lupa ni
aku de cte kt MHJ yg aku ni ssh nk fokus n mudah sgt terlupa
masalah ni aku sedari mulai tahun 2009 lg.
tp since time tu keadaanye x teruk so aku x riso sgt.tp still dlm keadaan berjaga2.
time aku kena duk kt wad kt SJMC utk check apa punca aku terlalu mudah tertido walaupun time tu aku tgh drive,tgh meeting,tgh wat keje n mcm2 g, aku sempat request kt doktor tu aku nk wat MRI brain scan utk detect any awkward kt brain aku.coz aku selalu sgt sakit kepala n pelupa di tahap yg dh mula membimbangkan
tp so far from check up tu everything is normal. so aku assume yg aku dh terlebey mkn semut kot.hu3 (nk sedapkan hati je ni sbnrnye)
tp makin lama ni aku perasan masalah lupa aku ni semakin membimbangkan.
aku sendiri sedar psl tu tp cuba buat2 mcm xde pape yg berlaku.
n aku just try mkn vitamin, makanan n supplement yg bleh bantu daya ingatan ni.
td dia menegur psl aku ni cepat sgt pelupanya.shy
Ya aku sedar tu. aku mmg senang nk ingt, tp aku juga senang lupa n cepat sgt lupanya (aku mudah lupa bnd latest je,klu memori yg lama smpi skrg aku still ingt almost everything)
stress ni..onion-head-emoticon-17coz lupa mengalahkan org nyanyuk kdg2 tu.
akibat dr masalah asyik terlupa ni la byk keje aku cm buat half way je.
br buat keje ni org distract suh wat keje lain aku trus tglkn keje td then buat keje br,
probnye aku trus terlupa nk smbg blk keje td.smpikan menimbun keje yg dibuat hanya separuh jln ni.
mujur bkn keje dgn company lain, klu keje dgn company lain mmg masakla,
konfem lg byk keje yg terbengkalai n silap2 boleh kena tendang keluar.head-down-oh no-crying
macamn ye nk atasi masalah pelupa ni?let me think
MHJ kata masalah pelupa aku ni dh kira tahap kronik ni, coz cepat sgt lupanya,
br 2 saat bnd tu aku tinggalkan, memori psl bnd tu mcm dh xde kt dlm otak aku.
aku risau ni..coz prob berkaitan lupa ni boleh menjejaskan aktiviti harian aku n masa depan aku
lagi2 study aku yg dhnk tamat lg sethn setgh ni.
mungkinkah ini adalah ujian buat aku??
baru ditarik nikmat sikit dh mengeluh, tula dulu aku ni riak sgt kot psl xde masalah nak mengingat.
MHJ ckp aku ni pandai tp dia pelik nape result exam aku x perform. 
dia buat 1 kesimpulan je iaitu aku mmg pelupa n bila aku pelupa 4 surela apa yg aku study n bc pun sume hilang sama, x gitu? mcmn aku nk jwb exam klu aku x ingt or lupa pe yg aku bc ye x? 
nk update blog ni pun ambik masa yg lama.sblm aku lupa pape aku terus save as draft then bila aku ingt aku smbg blk,klu aku trus x ingt, mmg konfemla trus xde update g dh dr aku.
harap2 aku dpt jupe jln penyelesaian pd prob ni..May I do that


YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI MENCARI JALAN PENYELESAIAN KEPADA MASALAHNYA...
AMIN YA RABB..big-black-eyes


-Abid-



Wednesday, June 8, 2011

saya budak baru belajar

07/06/2011
rentetan dr persoalan MHJ mengenai mengapa aku menjawab panggilan telefon agak kasar
aku ambk keputusan utk meminta pendpt dia td n menerangkan sbb cara aku menjawab panggilan telefon berbeza mengikut jantina.
n setelah dia bg pendpt dia, aku buat kesimpulan sendiri
aku perlu ubah cara aku jawab telefon tu, coz takut ada pelanggan yg salah anggap plak nnti.
takut dorg ingt aku marah dorg sebenarnye.walaupun aku x berniat begitu.
dia sempat ajar cara jawab telefon yg lebih proper. n dia siap pesan suh aku bgtau bakal suami aku yg aku pny suara jns high note.so klu suara aku tinggi tu x bermakna yg aku tgh marah.tkt kang de plak yg pengsan sbb terkezut dgr suara aku.hahaha klu btulla jd lagu tu..naya2hahahahha
aku ckp kt MHJ yg klu aku ckp dgn suami aku nnti lainla cara cakap aku,takut aku ckp lemah-lembut skrg de plak yg terpikir lain karang.sedangkan aku ckp cara yg dia kata cam nk marah org ni pun byk yg mengaco aku smpi de yg bertapa kt ofis tu kdg2 (aku assume kacau n bkn mengorat).dia siap ckp g mungkin kita kata nnti kita ubahla,tp sesuatu yg dh jd kebiasaan biasenye sukar utk diubah, alah bisa tegal biasa.


Monkey Winksbaik sifu saya akan ingt pesanan anda dan saya akan cb follow
saya xkn lupakan jasa baik anda itu


154218d4baru aku sedar yang selama ni cara aku ckp dgn customer terlalu kasar, ish3X apa nak jadila.kesian customer aku, selalu kena marah.

-Abid-





Monday, June 6, 2011

aktiviti hujung minggu

04/06/2011
blk dr kalumpang aku trus punggah brg keluar dr kete then bersiap g kenduri kawen syafiq kt kundang
mcm biasela setiap kali aku g kenduri aku tgk yg dtg mesti muka2 yg sama
pas blk dr kenduri syafiq aku g hntr roadtax SMMR plak.lama kot aku kt umah dia,2 jam duk bercerita psl mcm2 termasukla psl life dia pas bergelar isteri ni,dia mmg sgt bz since next week kenduri kawen dia plak.menyemak je aku ni org tgh sibuk2 wat persiapan tula aku dtg bertandang..sempatla plak aku timbang berat since aku notice yg byk seluar aku dh xleh cangkuk.ades..bahaya ni..
timbang la tgk2 berat aku dh jd 60kg dh naik 4 kg.TIDAAAAKKK...
misi yg lepas pun x buat lagi, kena disiplin exercise....aku bknye riso gemuk cm riso bj byk x muat je..kang membazir..nk kena beli baju br g.

05/06/2011
ikut mak aku g umah aunty yina, mkn2 kt umah dia, smpi tersesat gakla cari jalan.makanan mmg heavenla sedap...dorg pun duk berborak n tgk gmbr2 time get together aritu.aku plak join anak2 kwn2 mak aku yg lain  g melawat kawasan rumah sekitar yg mana most of it adalah bungalows.mmg cantik2la rumah2 kt situ..besar plak tu..cm yg x best walaupun bungalow still umah sebelah2 dgn umah lain n sempat gak aku tgk drama betapa x sabarnye org2 kaya ni (x sume kot)..blk dr umah aunty yina smpi je umah dh maghrib.pas dh makan kenyang2 mengupdate blog sambil tgk tv.skrg jam dh pkl 3.15am mata  pun dh layu.esok kena bgn pagi n life goes as usual.esk pagi2 kena g keje.
k la masa utk tido.


-Abid-

family gathering di KRTC

03/06/2011
KRTC kami datang lagi...
this time gathering we all buat kt kalumpang je coz lebih dkt n jimat kos walaupun ada yg bg idea suh buat kt bukit merah.
aku n my mum bertolak ke sana pkl 5.00 ptg meninggalkan MHJ mengattend madam you. aku confident yg dia bleh wat coz aku dh attend madam tu half way pun.
perjalanan lancar cm arah bertentangan je yg jem truk..alhamdulillah perjlnn dipermudahkan.dlm pkl 5.45ptg kitaorg dh sampai..terkezut sat nmpk kete estima yg mcm familliar kt area parking..klu x silap td katanye x dpt dtg...pape pun alhamdulillah dia dpt dtg gak the more the merrier rite.cm x ckp korum, x sume org dpt dtg coz de tanggungjawab lain yg perlu didahulukan
since dh smpi kitaorg pun check in la dkt chalet camar 5.pas dh ltk beg kt chalet aku yg sedia lapo coz just mkn muffin 2 bijik je td, pe lg serbu makanan la.x peduli dh kt bunyi air sungai yg duk memanggil2 aku dr mula2 smpi td.
alhamdulillah perut dh kenyang..tkr baju then trus terjun masuk dlm air sungai..bbrrr...sejuknye...br 10 minit masuk aku dh keluar..menggigil..sejuk gila..
tkr tmpt mandi lak mandi kt kolam jela, tp bkn kolam renang tp air dr sungai yg dh diempang membentuk kolam yg mn air dia krg sejuk n kurang risiko dihanyutkan air sungai sekiranya air tiba2 deras.
pkl 6.55ptg br kuar dr air, mandi..
then malam tu kitaorg buat BBQ..then buat majlis tahlil yg diketuai oleh anwar.
abis tahlil de beberapa usul baru diutarakan oleh pakngah
setelah abis sesi cadangan n bantahan selsai, sesi gift exchange plak.then aktiviti bebas..
ramai yg x percaya yg muffin yg aku bwk tu aku wat sendiri, nape x percaya ke? hi3
paklang tetibe ckp klu muffin tu aku wat hidang kat bakal mak mertua konfem dia terima aku, pastu trus dia tny aku dh ada calon ke blum (mcm biase aku xkn dpt lari dr soalan ni setiap kali de perjumpaan keluarga) hampir tersedak aku yg tgh makan time tu.

paklang: kaklong dh 24 tahun kan,bila nak kawen?
aku: ntahla paklang,belum de calon g
paklang: betul ke xde calon ni?klu xde calon kt tmpt keje paklang de 2 org jurutera kosong
aku: dorg boleh terima saya ke?
paklang: xknla dorg xle terima along kot.
aku: maksud kaklong terima yg kaklong still blaja g
paklang: apa ssh benti je blaja
aku: haish..ni yg xnk ni,sayangla.
tiba2..
maksu: betul ke ko xde calon long?? maksu tgk ... pun ok pe
aku: ha3,sila jgn mention nama dia di sini.dia spesel kes
maksu: maksu dh usha dh dia smlm cam ok je, ko x kenan kat dia long?
aku: ha3,takat sy kenan kt dia,pe kes klu dia xnk
maksu: klu ko dgn dia pun ok gak long, hensem pe, dean list g
aku: ha3.jauhnye maksu pk ke situ plak. kaklong xde papela dgn dia.
paklang: ... mn plak ni.
aku: (senyum je) xde sapela paklang,kawan...
paklang: klu along nk paklang boleh kenalkan dgn jurutera paklang tu
aku: diam je (sbg tanda no komen)
aku pun memblahkan diri dr situ sblm lebih byk soalan di tanya.hi3

04/06/2011
subuh2 time nk hantar ayah aku blk aku terslh jalan nk kuar dr tmpt tu then terserempak dgn paklang n anwar yg br blk dr surau (aku teka je ni)
paklang: along nk ke mana?breakfast ke?
aku: (mcm perli je) xla tgh cari ayah, td ayah dh kuar bilik tau2 je dh hilang.
mencari2 jalan sendiri akhirnye jupe gak pagar laluan yg ayah aku gn utk kuar td.hi3
sah2 td still mamaikan..time tu mmg muka br bgn tido g kot.

pagi tu konon2 nk wat game utk bdk2 tu, last2 xde game coz kekangan ruang n kekurangan  ahli
pas breakfast dgn kupon percuma tp since mknn x memuaskan aku mkn skit je
then aku ambk keputusan utk g mandi sungai
kesejukan air sungai mencengkam smpi ke tulang membuatkan aku lari ke kolam yg pihak KRTC dh empang
mmg mandi x ingt dunial pkl 10.30 pagi br naik then bersiap utk blk
adik beradik ibu dh pesan dh next time dorg nk generasi pelapis plak yg manage gathering ni,
coz dorg nk bersara
so ada sape2 yg sudi utk handle prog mcm ni pasni?


-Abid-