Wednesday, November 10, 2010

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami...

09.11.2010
sedang aku leka menonton VC di youtube..tiba2 aku dikejutkan dgn panggilan telefon..menyatakan makcik ku merangkap sepupu ibuku telah meninggal kerana terjth di tmpt kerja.aku terkedu..kerana umur nya masih muda..br 33 tahun dan anaknya masih kecil lg.namun dia tlh dipanggil menyahut seruan ilahi..
kami bergegas ke bilik mayat hospital sg buloh..ramai saudara mara tlh tiba di sana.aku terlihat di satu sudut ayah(tok along) kpd makcik ku ini kelihatan lemah dgn tgn masih memakai tag pesakit hospital sg buloh dia diam membisu..mungkin tidak menyangka bahawa anaknya akan terlebih dahulu pergi meninggalkanya.
ingatan aku melayang kembali pada sambutan hari raya aidilfitri br2 ini,kami semua mendoakan agar pembedahan jantung yg akan dijalankan ke atas tok along berjalan dgn lancar dan kami berpeluang utk bertemu lg dgnye pd raya akan dtg,tp kini setlh post mortem dijlnkn DR bertugas mengatakan bhw anaknya mengalami komplikasi jantung.yg menjadi punca dia terjth dan trus meninggal di situ juga.bagi aku komplikasi jantung dan terjatuh itu hanyalah asbab.hakikat sbnr...ajalnya sudah sampai....
tidak lama kemudian kami dipanggil utk melihat jenazah.inilah kali pertama dlm hidupku melihat jenazah setelah di bedah siasat dan aku berani dtg sedekat itu.sblm ini aku x pernah ada kekuatan utk dtg dkt,kerana air mata aku pasti akan menitis,namun kali ini aku kuatkan semangat utk trus berada disitu dan melihat jenazah dr hujung rambut sampaila ke hujung kaki...aku dpt lihat bj kerja yg dipakainya juga berada di situ..fikiranku melayang..walau mcmn bergaya dan cantik sekalipun kita,jgnlah berbangga dgn itu semua,kerana ianya tidak kekal.pakai make up tebal mcmn pun utk kelihatan cantik,apabila mati nnti kita semua tetap akan dipakaikan dgn baju putih,muka pucat tanpa sebarang solekan dan ditinggalkan bersendirian di dalam tanah...Ya Allah semoga aku tergolong dlm golongan hambamu yg beriman..jgnlah kau pesongkan hati ini dr mengingatimu Ya Allah.
setelah org ramai mula memenuhi bilik jenazah aku mengundurkan diri.aku keluar dan duduk diruangan menunggu.aku dpt mendgr nenek along bercerita mengenai arwah anaknya makan dgn penuh berselera pd malam smlm...nampaknya itula kali terakhir dia melihat anaknya makan...aku berlalu pergi cb menahan sebak di dada dan air mata yg mulai jatuh menitis satu per satu.
x lama kemudian pemandu van jenazah telah pun tiba.jenazah di bawa pulang..
ketika perjlnn pulang(rumah tok along),pakcik ku yg menjemput tok along utk dibawa ke bilik mayat bercerita..ketika dia dtg utk menjemput tok along, tok along seolah2 dpt membaca bhw ada seseorg meninggal,jika tidak masakan pakcik ku akan dtg pd waktu tersebut.tok along manyangka bhw moyangku yg meninggal.namun apabila di beritahu berita sebenar,tok along terdiam..pakcik ku bertny samada tok along kuat dan bersedia utk pergi menengok jenazah..tok along menjwb ya.dgn pantas tok along berjalan,pakcik ku  yg terkejut trus menyuruh tok along naik ke wheel chair krn keadaan kesihatan nya yg masih blum pulih dan jarak perjalanan yg agak jauh.pada mulanya tok along berdegil utk tetap hendak berjln sendiri,setelah dipujuk berkali kali akhirnya dia mengalah.
ketika sampai di rumah,ramai org tlh dtg melawat.setelah aku msk,bacaan yassin pun dimulakan.bgsnya rumah ni mmg ada yasin utk dibaca org ramai,kalau x mgkn org ramai yg dtg melawat ni duk bergossip n berborak cerita psl arwah..itupun de golongan makcik2 n nenek yg duk bercerita kt blkg ms bacaan yassin di bacakan.dorg ni..geleng pale aku.manusia2,bkn nk ambk ikhtibar..sedarla sikit..bila2 masa kita pun akan terbaring mcm tu jugak..xde siapa pun yg akan dpt menghalang.
Semoga roh arwah cik Julie ditempatkan di kalangan roh orang-orang mukmin.AMIN

Ingatlah bahawa Apabila ajal dtg menjemputmu,dia tidak menunggu walau sesaat pun..


-ABID-

1 comment:

  1. Innalillahi wainnailaihi rojiun. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete