Sunday, September 19, 2010

adakah aku sudah terlewat??

Semua sedia maklum ramadhan adalah bulan yg penuh dengan tarbiah. Bulan mengumpul pahala, namun aku...x memanfaatkanya. betapa ruginya aku. kini bln syawal telah menjelma, hati aku seolah2 br tersedar yg aku tidak memnfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan yg pnuh barakah itu bg menghapuskan dosa2 silamku yg mana hanya Allah S.W.T sahaja yg maha mengetahui dan mengampunkan kesalahanku, bukan sultan, bukan ibu, bukan juga ayah, kini aku menyesal atas dosa yg aku lakukan dan sungguh aku bersedih atas apa yg aku lakukan selama ini. aku tidak sanggup untuk memendam perasaanku seorang diri aku memerlukan seseorang untuk menjadi pendengar untuk melepaskan apa yg terpendam dalam hati aku selama ini. namun..hanya padamu Ya Allah tempatku mengadu. apa yg telah ku lakukan selama ini adalah kerana kelalaianku, kealpaanku, seolah2 aku telah hilang rs takut pd azab yg tlh Allah janjikan buat hamba2nya yg ingkar.
setlh berhari2 aku x berhenti membaca blog org lain mengenai kematian org yg mereka sayangi tnp mengira usia, menonton video tentang ajal boleh menjemput kita pd bila2 masa sahaja, mengenangkan mereka yg pergi di kala umur masih muda dan badan sihat tanpa sebrg penyakit, namun telah menyahut seruan ilahi, menguatkan lg hati dan yakin pada janji Allah bahawa mati itu pasti, cm di mana dan bila..tiada siapa pun yg tahu. semalam  ternampak rakan lama di madrasah dahulu, meskipun berpurdah, aku masih ingt  pada matanya dan suaranya, namun..aku malu dgn diriku sendiri..malu utk menegurnya, pasti dia akan terperanjat melihat aku, maafkan aku kawan..mungkin pabila aku dh bersedia, ukhuwah yg pernah kita bina akan ku sambung kembali, harap2 aku masih belum terlewat ketika itu..setiap hari membaca kisah2 yg meruntun perasaanku, membuatkan hatiku tersentak, membuatkan aku berfikir kembali mengenai dosa yg tlh aku lakukan, mungkinkah telah tiba masanya bg aku utk menghentikan segala sandiwara yg ku lakonkan di hadapan org selama ini???
tidak...kau x perlu berhenti, cm kau perlu ubah sandiwaramu menjd dirimu sendiri, bkn mudah utk menjd org lain, oleh itu jdlah dirimu sendiri, namun jdlah dirimu yg menurut perintah Allah dan bkn yg melanggar perintahnya..

Ya Allah, berilah kekuatan pada ku untuk aku melalui hidup ini yg penuh dgn pancaroba Ya Allah . Berilah aku kekuatan untuk aku berubah aku inginkan cahayamu, petunjukmu untuk aku meniti hari2 yg mendtg. aku mohon pdmuYa Allah, jgn kau pesongkan hatiku setlh kau berikan petunjuk padaku Ya Allah. izinkan aku utk bernafas sehari lagi utk menebus dosa2 silamku Ya Allah..

Ya Allah, aku mohon kau terimalah taubatku. Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa2ku Ya Allah.
kau hadirkan kebaikan pada diriku Ya Allah. semoga aku kuat untuk menjalani hidup yg penuh berliku ini..
Ya Allah, kau peliharalah umat Nabi Muhammad Ya Allah, pada masa kini terlalu ramai manusia yg lalai dan alpa dr mengingatimu Ya Allah, mereka seolah2 tidak takut pd amaranmu Ya Allah, jgn kau timpakan bencana di bumi kami untuk menghukum mereka Ya Allah, kau  beri jualah petunjuk kepada mereka seperti mana kau berikan petunjuk kepada kami. AMIN Ya Rabbal a'lamin.. 

                     -abid-

No comments:

Post a Comment