"Aku  punya seorang rakan baik dari  zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.  Sama-sama bersekolah rendah hingga ke  peringkat menengah . Selepas SPM.  Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim  dihantar keluarganya  melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan  sewaktu kanak-kanak  hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi  bersama.
Setiap  kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku  untuk  menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada  kenduri  kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke  rumahnya  kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga  Tahun Baru Cina.  Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.  Dengan Lim juga aku belajar  matematik manakala subjek Bahasa Malaysia  sering menjadi rujukannya  padaku.
Kenangan-kenangan  seperti  memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat  pertandingan  'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang  ingin kunyatakan  ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah  menjadi penghalang  persahabatan kami.
20  tahun telah berlalu, Lim telah  menetap di Amerika setelah berjaya  mendapat Green Card, beliau bekerja  disana. Itu yang kuketahui dari  kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus  setelah dia melanjutkan  pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada  internet, email atau  telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar  poskad bertanya  khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami  rasakan.
Suatu  pagi. Aku bertembung dengan  kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu  Lim akan pulang ke tanahair. Dan  aku amat terkejut dengan berita yang  kudengar dari kakaknya. " He's  name is no more Lim Wei Choon. He's now  Ahmad Zulfakar Lim since 5 years  ago. ..Subhanallah! Syukur  Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah  dari Allah S.W.T.  Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih  lagi setelah  menjadi saudara seagama denganku.
Hari  yang kutunggu-tunggu telah  tiba, dan petang itu aku berkesempatan  bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada  satu keraian istimewa sempena  menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba,  tetamu sudah semakin  berkurangan.
....Itulah  kalimat pertama dari  mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air  mukanya amat redup dan tenang.  Aku menjawab salam dan berpelukan  dengannya dan kami menangis umpama k  ekasih yang sudah terlalu lama  terpisah.
'Ini  dia olang memang sudah manyak  lama kawan, dari kecik ini dua olang"  Ibu Lim menjelaskan pada beberapa  orang tetamu yang melihat peristiwa  kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi  aku bukan menangis kerana apa,  tetapi kerana amat sebak dan terharu dan  sangat bersyukur melihat  keislaman rakanku.
Lim  mengajak aku duduk dibuaian  dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.  beliau masih fasih berbahasa melayu  walau sudah lama berada  diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan?  betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam  tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa  kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa?  What do you mean?
Cuba  kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat  lagi, rumah kau tu, is  my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah  ceritakan pada aku  tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku  dapat belajar  tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan  mengapa  aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?  
Aku terdiam, kelu tak mampu  menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau  betullah kau kawan baik aku,  Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di  dunia saja? kau suka tengok kawan  baik kau ni diseksa didalam api  neraka?
Kau  tahu, kalaulah aku ni tak  sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan  dakwa semua orang melayu Islam  dalam kampung kita ni sebab tak  sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku,  keluarga aku dan non  muslim yang lain.
Kau  sedar tak, kau dah diberikan  nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan  kau didalam keluarga Islam. tapi,  nikmat itu bukan untuk kau nikmati  seorang diri, atau untuk keluarga kau  sendiri, kau dilahirkan dalam  Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan  Islam pada orang-orang  yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam  aku.
Aku masih tunduk dan terkata  apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah  adalah tugas muslim yang  paling utama, sebagai pewaris Nabi,  penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku  lihat, orang melayu ni tiadak  ada roh jihad, tak ada keinginan untuk  berdakwah, macamana Allah nak  tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri  tak tolong ugama Allah?
Aku  bukan nak banggakan diri aku,  cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini  kau kena gunakan dengan b etul dan  tepat, kerana selagi kau belum  pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah  bersyukur pada Allah. Dan  satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang  bukan Islam itu  sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah  sampaikan  seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah  kau  boleh panggil kafir.
Aku  menjadi amat malu, kerana  segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah  benar! dan aku tak pernah pun  terfikir selama ini. Aku hanya sibuk  untuk memperbaiki amalan diri sehingga  lupa pada tugasku yang sebenar.  Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini  telak dilaksanakan, Allah  akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan  kekuatan serta  mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang  itu.
Petang  itu aku pulang dengan satu  semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim  yang baru memeluk Islam selama 5  tahun itu pun telah mengislamkan lebih  20 orang termasuk adiknya. Mengapa  aku yang hampir 40 tahun Islam ini  (benarkah aku islam tulen) tidak pernah  hatta walau seorang pun orang  bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan  serious tentang kebenaran  Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku  yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. 
P/s : sebagai Tauladan..  
  '(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram  dengan  mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati  menjadi  tenteram.' (ar-Raad : 28)." 

-abid-